0

Tentang Kami

Latarbelakang Syarikat

Lebih 10 Tahun Pengalaman

ASK Digital telah memulakan perniagaan perkongsian dalam bidang IT dan percetakan digital sejak tahun 1999 lagi. Ditubuhkan secara rasmi pada 6 November 2009 adalah merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputra.

Dikendalikan oleh graduan dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia, ASK Digital yang diketuai oleh Army Amri bin Abdul Razak telah menceburikan diri dalam bidang teknologi maklumat (IT). Walaupun masih baru, berikutan pengalaman dan kepercayaan yang diberikan, beberapa projek telahpun berjaya diselesaikan dalam bulan pertama penubuhannya.

 

Bidang utama kami ialah IT dan Percetakan Digital. Dari sistem rangkaian dan teknikal, penyelenggaraan dan jual beli komputer, sehinggalah kepada pembangunan laman web dan aplikasi. Kami juga menyediakan perkhidmatan rekabentuk grafik dan multimedia. Bidang rekabentuk grafik dan multimedia tersebut juga seterusnya diaplikasikan kepada bidang percetakan seperti poster, buku, majalah, banner, dan bunting.

 

Daya kreativiti dan idea yang terkini memastikan khidmat kami sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan kami. Dengan harga yang berpatutan, sokongan agensi kerajaan, swasta, dan individu cukup membanggakan apabila ramai pelanggan yang sedia ada berterusan mendapatkan khidmat kami.

 

visi

“Kami percaya dan berpegang teguh bahawa bidang IT dan Percetakan Digital mampu pergi jauh seiring dengan permintaan yang tinggi dari sektor awam dan swasta. Melalui pengetahuan dan pengalaman kami, syarikat percaya dan yakin mampu membantu Bumiputera yang berminat untuk menceburi bidang ini. Oleh yang demikian kami akan berusaha untuk menarik lebih ramai lagi Bumiputera yang berminat untuk sama-sama bersaing dalam bidang IT dan Percetakan Digital ini suatu hari nanti.”

misi

Menjadi sebuah syarikat IT dan Percetakan Digital Bumiputera yang berdaya saing dan mampu melahirkan usahawan Bumiputera yang berkemahiran dan berjaya.  Sentiasa memastikan mutu produk yang dihasilkan berkualiti  serta perkhidmatan selepas jualan yang cekap. Juga memastikan semua hasil kerja sentiasa menepati kehendak pelanggan.

objektif kami

1

Memberi tunjuk ajar dan melatih anak bangsa dengan pengetahuan IT dan percetakan digital

2

Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan aplikasi teknologi IT dan percetakan digital untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.

3

Bersedia pada bila-bila masa untuk meyediakan perkhidmatan dengan lebih efisyen serta memberi layanan mesra kepada pelanggan pada bila-bila masa tanpa megira kaum.

4

Menjadi pembekal utama barangan komputer dan aksesori, mesin percetakan digital, bahan mentah percetakan dan penghasilan cop getah kepada peniaga kecil.

5

Menjadi organisasi yang berjaya serta menjadi pusat rujukan dan pembelajaran perkhidmatan IT dan percetakan digital  di dalam negara.

servis yang disediakan

Unit Rangkaian (Networking)

Unit Laman Web & Multimedia

Unit Sistem & Sokongan

Unit Jualan & Perundingan IT

Unit Percetakan Digital

Scroll to Top
0